KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelakon Amir Raja Lawak meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, malam tadi.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Amir menerusi Facebook (FB).
“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi Deris (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi (malam tadi) di HUSM Kubang Kerian.
“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga… Amin,” katanya menerusi hantaran di laman sosial berkenaan.
Amir turut memberitahu, sebarang urusan lanjut berkaitan pengebumian bapanya, akan dimaklumkan di FB.
Pada pertengahan Julai lalu, Amir berkongsi kisah bapanya menghidap kanser usus dan semakin uzur serta lemah. – MalaysiaGazette
















