Gambar hiasan

HANOI – Ibu kota Vietnam menyaksikan peningkatan mendadak dalam kes demam denggi, dengan 258 jangkitan baharu direkodkan dari 12 hingga 19 September.

Jumlah itu meningkat daripada 190 kes pada minggu sebelumnya, lapor Agensi Berita Vietnam.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Hanoi, bandar itu telah mengenal pasti 19 kluster wabak baharu, menjadikan jumlah titik panas aktif kepada 33.

Sejak awal 2025, Hanoi merekodkan 1,884 kes demam denggi, turun 42 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata laporan itu.

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran indeks serangga di tapak wabak kekal pada ambang berisiko tinggi dan meramalkan jangkitan mungkin akan terus meningkat sejajar dengan kitaran wabak tahunan.

Stesen-stesen kesihatan tempatan telah diarahkan untuk mengukuhkan pengesanan awal dan memastikan tindak balas tepat pada masanya terhadap kes-kes baru muncul, terutamanya dalam komuniti berisiko tinggi, menurut laporan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast