Seramai 1,111 pendikir barat bersama 20 penyanyi dan tukang karut tampil menghiburkan pengunjung bersama 1,111 peserta selawat yang dihimpunkan dalam program Selawat Perdana.

KUALA LUMPUR – Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Kelate Charity Festival (KCF) 2025 anjuran bersama Madoo Bee, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan HMS Maju Group yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Penganjuran KCF 2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan itu membuktikan  peranan festival itu amat penting dalam meringankan beban golongan asnaf, membuka peluang jana pendapatan dan mengangkat seni budaya.

Menggunakan slogan ‘Kasih Disemai, Rezeki Dikongsi, Budaya Kelate’, penganjur yang juga Pengarah Eksekutif KC Fest, Muhammad Kamal Azmi Mohd Rasdin meluahkan rasa syukurnya atas kejayaan festival yang mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Sambutan yang diberikan begitu hebat sepanjang festival berlangsung walaupun ini KCF ini kali pertama dianjurkan dan selain itu, para peniaga yang menyertai KCF ini semuanya berpuas hati dan mereka mahu menyertai kami lagi pada tahun depan.

“Ini kerana mereka mendapat impak KCF yang boleh membantu mereka menjana pendapatan dan memperkenalkan lagi produk tempat yang dibawa di gerai jualan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara selebriti yang turut menjayakan KCF ialah Datuk Awie, Ameng, Datuk Nash, Faizal Tahir, Senario, Caliph Buskers, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Naqiu, Halim Yazid dan Bob Sentuhan.

KCF 2025 berjaya meraikan 500 orang asnaf.

Bukan itu sahaja, seramai 1,111 pendikir barat bersama 20 penyanyi dan tukang karut tampil menghiburkan pengunjung bersama 1,111 peserta selawat yang dihimpunkan dalam program Selawat Perdana menerusi segmen Malam Kerohanian.

Turut diadakan, sesi perkongsian ilmu oleh penceramah, Ustazah Asma’ Husin dan artis jemputan, Angeline Tan.

Antaranya Kelate Charity Walk yang turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang telah berkenan turun padang berjalan bersama rakyat.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamal Azmi turut menzahirkan rasa syukur apabila hasrat untuk membantu golongan asnaf tercapai apabila KCF 2025 berjaya meraikan 500 orang asnaf dengan sumbangan wang tunai daripada pihak penaja iaitu Maybank, Bank Muamalat dan Agro Bank.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast