Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menerima Anugerah Tertinggi ‘Grand Collar of the Order of Timor-Leste’ disampaikan oleh Presiden Timor-Leste, José Manuel Ramos-Horta di Dewan ASEAN Timor-Leste di Istana Presiden hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

DILI (TIMOR-LESTE) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Grand Collar of the Order of Timor-Leste, anugerah tertinggi negara itu sebagai pengiktirafan terhadap bantuan beliau dan peranan Malaysia selama ini dalam menyokong aspirasi Timor-Leste untuk menyertai ASEAN, khususnya selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Anugerah berkenaan disampaikan Presiden Dr José Ramos-Horta kepada Anwar selepas beliau menyampaikan Syarahan Presiden bertajuk “ASEAN & Peranan Timor-Leste” di Istana Presiden di sini.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya dengan penuh rasa rendah diri menerima (anugerah) ini dan mengucapkan terima kasih atas penghargaan tertinggi dan paling berprestij daripada Timor-Leste,” kata Anwar.

Anugerah itu diberikan kepada individu yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

Penerima sebelum ini termasuk pemimpin antarabangsa seperti Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan diplomatik dan pembangunan Timor-Leste.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast