Penulis blog kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris bakal tampil memberi keterangan pada prosiding bela diri terhadapnya, bermula pada 4 November ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Peguam bela tertuduh, Muhammad Rafique Rashid Ali, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memilih untuk menjadi saksi tunggal pihak pembelaan, selepas dia diperintahkan membela diri atas satu pertuduhan menghasut.














