fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) untuk mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada suatu masa yang bersesuaian.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata undangan itu diterima beliau semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata delegasi berkenaan terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.

“Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam, khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dengan Barat, di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast