KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, mencatatkan penurunan 2.8 peratus pada Ogos 2025, selepas penurunan 3.8 peratus pada bulan sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan pada Ogos 2025 disumbangkan terutamanya oleh sektor pembuatan dan perlombongan.
Sektor pembuatan mencatatkan penurunan 4.0 peratus, sama seperti Julai 2025, dipengaruhi oleh indeks pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-14.9%) dan pembuatan komputer, produk elektronik & optikal(-7.7%).
Pada masa yang sama, sektor perlombongan menurun 3.4 peratus (Julai 2025: -8.7%), didorong oleh penurunan dalam indeks pengekstrakan petroleum mentah (-5.1%).
Sebaliknya, sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 7.3 peratus (Julai 2025: 1.1%),disumbangkan oleh Indeks Penanaman Tanaman Kekal (11.6%).
Bagi sektor utiliti, kedua-dua sektor bekalan elektrik & gas dan bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 4.1 peratus dan 3.4peratus.
“Pada asas bulan ke bulan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat marginal 0.1 peratus pada Ogos 2025, selepas peningkatan 0.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Sektor pertanian, perhutanan perikanan meningkat 3.3 peratus (Julai 2025: 2.5%), disokongoleh indeks penanaman tanaman kekal (5.1%).
Sektor utiliti, iaitu Indeks Bekalan Elektrik & Gas dan bekalan air masing-masing turut meningkat sebanyak 0.7 peratus dan 2.7 peratus.
Sebaliknya, sektor perlombongan menurun 1.5 peratus selepas tiada perubahan pada bulan sebelumnya, dipengaruhi oleh penurunan indeks pengekstrakan gas asli (-2.3%) dan pengekstrakan petroleum mentah (-1.2%).
Sektor pembuatan pula terus mencatatkan penurunan perlahan 0.2 peratus (Julai 2025: -0.1%), dipengaruhi oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-0.7%) dan pembuatan komputer, produk elektronik & optikal(-0.4%).
Mengulas mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, beliau menjelaskan: “Semua peringkat pemprosesan mencatatkan penurunan tahun ke tahun pada Ogos 2025, meneruskan trend menurun sejak Mac 2025.
Indeks Bahan Mentah untuk diproseskan selanjutnya menurun 0.8 peratus (Julai 2025: -5.8%), dipengaruhi oleh penurunan indeks Bahan bukan makanan (-1.1%).
Indeks Bahan Perantaraan, bekalan & komponen mencatatkan penurunan 3.1 peratus (Julai 2025: -3.7%), disebabkan oleh penurunan dalam Bahan api yang diproses &pelincir(-8.6%).
Manakala Indeks Barang siap juga menurun3.4 peratus (Julai 2025: -2.4%), terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam Kelengkapan modal (-5.6%).
“Pada asas bulanan, indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya mencatatkanpeningkatan 1.6 peratus. Sementara itu, Indeks Bahan Perantaraan, bekalan an komponen dan barang siap, masing-masing turun sebanyak 0.2 peritus dan 0.5 peratus.
Perbandingan antara negara terpilih menunjukkan pelbagai trend IHPR bagi Julai 2025 dengan Amerika Syarikat meningkat 2.6 peratus, peningkatan sederhana berbanding kenaikan 3.1 peratus pada bulan sebelumnya.
IHPR Jepun pula meningkat 2.7 peratus, berbanding kenaikan 2.5 peratus pada bulan sebelumnya.
Sebaliknya, China kekal dalam keadaan deflasi pengeluar, dengan IHPR menurun 2.9 peratus, berbanding penurunan 3.9 peratus pada Julai 2025.
Ini merupakan penurunan bulan ke-35 berturut-turut, disebabkan oleh kelemahan berterusan dalam permintaan domestik dan halangan perdagangan yang masih berlanjutan.
IHPR Thailand juga menguncup 3.5 peratus, selepas penurunan 4.2 peratus pada bulan sebelumnya.
Ini menandakan bulan keenam berturut-turut negatif inflasi pengeluar tahunke tahun, trend yang sama seperti Malaysia.
Mengulas mengenai harga komoditi terpilih Malaysia, Mohd Uzir menambah, menurut Bank Dunia, purata harga minyak mentah Brent pada Ogos 2025 adalah AS$68.20 setong, sedikit menurun berbanding AS$70.95 setong pada bulan sebelumnya.
Harga minyak sepanjang bulan tersebut kekal stabil tetapi cenderung menurun, disebabkan oleh peningkatan bekalan dan permintaan yang sederhana.
Sementara itu, harga purata minyak sawit mentah (MSM) Malaysia adalah RM4,329.00 per tan pada Ogos 2025, meningkat daripada RM 4,112.50 per tanpada Julai 2025, disokong oleh permintaan kukuh, walaupun stok serta pengeluaran lebih tinggi.
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga MSM kekal dalam julat RM 4,200hingga RM 4,500 dalam tempoh terdekat. – MalaysiaGazette















