KUALA LUMPUR – Malaysian Football League (MFL) mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) antara tujuh pemain warisan yang digantung selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
MFL dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu telah diterima daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tiga pemain JDT terbabit ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang kini tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana saingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.
Menurut MFL, sebarang tindakan susulan berhubung kes itu hanya akan dibuat selepas keputusan rayuan yang difailkan FAM dimuktamadkan FIFA. – MalaysiaGazette
















