Quality relationships help reduce stress, loneliness and isolation which are the factors known to trigger chronic inflammation and accelerate biological ageing.
SEOUL – Kadar populasi warga emas Korea Selatan buat pertama kalinya melepasi 20 peratus tahun ini, menjadikan negara ini sebagai sebuah masyarakat sangat tua, menurut data pejabat perangkaan pada hari Isnin.
Bilangan rakyat Korea Selatan berusia 65 tahun ke atas mencecah 10,514,000 orang pada 2025, merangkumi 20.3 peratus daripada keseluruhan populasi.
Kadar populasi warga emas dijangka melepasi 30 peratus pada 2036 dan 40 peratus pada 2050.
Menurut takrifan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebuah masyarakat menua ialah negara dengan kadar warga emas melebihi 7.0 peratus, masyarakat tua dengan kadar melebihi 14 peratus, manakala masyarakat sangat tua dengan kadar melebihi 20 peratus.
Nisbah tanggungan warga emas, iaitu peratusan populasi warga emas berbanding populasi usia bekerja (15-64 tahun), dijangka meningkat daripada 29.3 pada 2025 kepada 47.7 pada 2035 dan 77.3 pada 2050.
Kadar populasi warga emas bagi wanita mencapai 22.6 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding kadar 18.0 peratus bagi lelaki.
Jumlah isi rumah dengan ketua keluarga berusia 65 tahun ke atas ialah 6,187,000 pada 2025, iaitu 27.6 peratus daripada keseluruhan isi rumah.
Kadar isi rumah warga emas dijangka meningkat kepada 41.3 peratus pada 2038 dan 50.6 peratus pada 2052. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast