KUALA LUMPUR – Sebut sahaja coklat kunafa, The Dapur Story adalah pilihan terbaik. Bar coklat kunafa premium kini dengan pek baharu yang lebih eksklusif.
Coklat kunafa ini bukan sekadar coklat biasa, ia adalah gabungan tekstur dan rasa yang sempurna dengan limpahan kunafa yang begitu banyak dalam setiap bar.
Menggabungkan coklat mewah dengan inti kunafa rangup ini menjanjikan pengalaman rasa yang memuaskan dan bertekstur.
Tampil dengan lima perisa antaranya baklava, bueno, pistachio, tiramisu dan cranberries rose, pelancaran pek baharu diadakan malam tadi bersama satu lagi buah tangan baharu D’Chocs iaitu coklat kunafa dalam bentuk kiub dengan perisa pistachio.

Didatangkan dengan lapan kiub di dalam satu bekas, kiub ini lebih tebal daripada bar dan sangat sesuai dijadikan sebagai ole-ole atau hadiah pada hari-hari istimewa kerana bungkusannya yang sangat eksklusif.
Simbolik pengenalan produk terbaharu D’Chocs ini dibuat menerusi jualan atas talian yang diadakan secara langsung bersama Dutanya, Dahlia Rizal.
Selama dua jam bersiaran, coklat kunafa bar dan kiub ini berjaya menarik perhatian ramai bersama hos Dahlia dan suaminya Imran Aqil menerusi platform Tiktok The Dapur Story, D’Chocs dan MalaysiaGazette.

Menurut Dahlia, dia teruja apabila dipilih untuk menjadi duta D’Chocs memandangkan sangat suka makan coklat.
“Alhamdulillah, saya dapat bekerjasama dengan D’Chocs untuk coklat kunafa ini dan sangat-sangat bersyukur kerana semasa pelancaran kita dapat jual melebihi sasaran yang ditetapkan.
“Ramai yang puji pek baharu coklat kunafa D’Chocs apatah lagi dengan kualiti yang diketengahkan.
“Saya sangat berterima kasih kepada The Dapur Story yang sudi bekerjasama dengan saya untuk projek coklat kunafa ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jelas Dahlia lagi, projek ini diharap dapat diteruskan ke peringkat lebih besar.
“Kita tahu ramai yang suka coklat, lagi-lagi yang ada kunafa kerana kerangupannya menjadikan lebih nikmat.
“Saya sangat berharap dan berdoa agar D’Chocs by The Dapur Story ini akan terus berkembang dan jualannya mampu ke peringkat antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, pihak pengurusan The Dapur Story menyatakan bahawa tujuan utama D’Chocs adalah untuk memberikan pengalaman ‘kunafa crunch’ yang memuaskan hati dengan jaminan kualiti dan kesegaran yang tinggi.

Gabungan coklat yang dipilih dan kunafa yang rangup memberikan ‘crunch’ dan menjadikannya manisan yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa ini boleh didapati secara meluas melalui platform jualan atas talian TikTok dan Shopee.
Produk ‘home made’ ini adalah milik seratus peratus Bumiputera turut mengakui permintaan yang tinggi untuk coklat kunafa ini, oleh itu D’Chocs menawarkan versi tempatan yang lebih mudah didapati, namun mengekalkan standard kualiti premium selain harga yang mampu milik dan kini dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal. – MalaysiaGazette
Dapatkan D’Chocs by The Dapur Story di Sini!
Official Dapur Story Shopee Link: https://shopee.com.my/thedapurstory
Official TT Shop Dapur Story Link: https://vt.tiktok.com/ZSDG2vFwR/?page=TikTokShop
















