KUALA LUMPUR – Setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas dengan kejadian gempa bumi kuat yang melanda Kepulauan Cebu, Filipina.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kementerian Luar Negeri meminta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka, digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.
Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Manila, sedang memantau situasi terkini kejadian tersebut.
Kepulauan Cebu dilanda gempa bumi berukuran 6.9 magnitud pada jam 9.59 malam waktu tempatan, pada 30 September 2025 yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan perpindahan ratusan keluarga.
“Malaysia menzahirkan rasa takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat bencana ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, Kementerian Luar Negeri sedang menyelaras dengan agensi-agensi berkaitan berhubung bantuan yang boleh disalurkan kepada pihak Filipina.
Pihak kedutaan juga secara aktif sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila melalui butiran di bawah:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANILA
Alamat : Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Philippines
No. Telefon : +63 2 8662 8200 / 0917 864 0761
















