Zainal Rashid Ahmad

KUALA LUMPUR – “Walaupun kapal utama kami, Alma dan beberapa kapal pengiring lain telah dikepung Israel, namun keputusan telah dbuat, tiada satu pun kapal akan berundur,” demikian menurut Zainal Rashid Ahmad yang turut menyertai misi Global Sumud Flotilla.

Dalam hantaran terbaharunya di Facebook, bekas wartawan itu menegaskan, mereka bersedia untuk berdepan apa jua halangan dan ancaman oleh Israel.

Pengendali platform ZRA Strim itu turut berkongsi pengalamannya hari ini yang sedang berlayar pada kelajuan empat knot sahaja dan hanya berpandukan kepada layar tunggal.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/10/01/kapal-israel-hampiri-gsf-ugut-dan-rosakkan-sistem-komunikasi/

Jelas beliau, layar kedua kapal yang dinaikinya mengalami kerosakan dan menambah kepada ‘keuzuran’ kapal tersebut yang sudah sedia rosak beberapa hari lalu sehingga terpaksa ditunda oleh kapal lain menuju ke Gaza.

Namun begitu katanya, mereka tetap berlayar dalam keadaan tenang namun berjaga-jaga dan kini berada kira-kira 120 batu nautika dari pantai Gaza.

“Salam dari kami; moga semua terus berdoa untuk Gaza. Doa juga kami perlukan — demi menjayakan misi Flotilla ke 38 ini.

“Selama 17 tahun misi flotilla berjuang ke perairan memasuki Gaza; inilah konvoi terbesar dalam sejarah; dengan 45 not layar serta 450 pecinta Gaza.

“Mengapa? Kerana sejak sekian lama — Ghazzah sentiasa berada di hati kita semua,” katanya pada satu hantaran pada jam 9.28 pagi waktu tempatan (2.28 petang waktu Malaysia).

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan kapal tentera Israel telah melakukan provokasi terhadap kapal utama GSF iaitu Alma dan Sirius, sekitar jam 4 pagi tadi.

Menurut salah seorang aktivis GSF, kapal tentera Israel itu turut melakukan ugutan dan merosakkan sistem komunikasi bot-bot terbabit. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast