@malaysiagazette

Kapal tentera Israel dilaporkan baru sahaja menghampiri Misi Global Sumud Flotilla (GSF) selain turut melakukan ugutan dan merosakkan sistem komunikasi bot-bot yang menyertai konvoi berkenaan. Salah seorang aktivis yang menyertai konvoi berkenaan melaporkan, kapal tentera Israel turut melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama iaitu Alma dan Sirius. Video: thiagoavilabrasil malaysiagazette GlobalSumudFlotilla

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Kapal tentera Israel dilaporkan baru sahaja menghampiri Misi Global Sumud Flotilla (GSF) selain turut melakukan ugutan dan merosakkan sistem komunikasi bot-bot yang menyertai konvoi berkenaan.

Salah seorang aktivis yang menyertai konvoi berkenaan melaporkan, kapal tentera Israel turut melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama iaitu Alma dan Sirius.

“Walaupun berlaku kerosakan pada peralatan elektronik, tiada siapa yang cedera dan kami TERUS BERLAYAR KE GAZA untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan,” katanya menerusi akaun Instagram Thiagoavilbrasil, sebentar tadi.

Sekitar jam 9.30 pagi (waktu Malaysia) GSF mengumumkan konvoi berkenaan sedang berada kurang 160 batu nautika (296 kilometer) dari Gaza dan akan memasuki zon berisiko tinggi, malam ini.

GSF dalam hantaran di media sosial melaporkan, mereka turut mengesan dron-dron pengintip yang tidak dikenal pasti terbang pada altitud sederhana di kawasan perairan Mediterranean di mana konvoi GSF sedang berlayar.

Manakala seorang aktivis Turki yang berlayar dalam bot Adagio memaklumkan, sebuah kapal Tentera Laut Israel dikesan pada jarak 80 kilometer (50 batu nautika) berhampiran GSF. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Aktivis kesan kapal Tentera Laut Israel berhampiran GSF

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast