Masing-masing mereka dikompaun RM250.

GEORGE TOWN – Sembilan individu dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas didapati sengaja memberi makanan kepada burung merpati di kawasan awam di Jalan Perak, di sini hari ini.

MBPP memaklumkan, setiap individu terbabit dikenakan kompaun RM250 mengikut Seksyen 47(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Seramai sembilan individu di Jalan Perak di sini, didapati sengaja membuang sisa makanan dengan tujuan bagi memberi makan kepada burung merpati di tempat awam.

“Kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan dikenakan selain tindakan mahkamah sekiranya individu itu masih ingkar serta pesalah yang tidak membayar kompaun untuk kesalahan ini,” katanya di sini, hari ini.

Kesemua sembilan individu berkenaan di kompaun di Jalan Perak.

Tambah MBPP, meskipun hebahan serta pendidikan awam telah dilaksanakan, masih ada individu yang mengabaikan nasihat dan tetap memberi makanan kepada burung merpati.

“Sebagai langkah pencegahan berterusan, kita melaksanakan pemantauan dan operasi kawalan populasi merpati setiap hari di lokasi yang telah ditetapkan dalam senarai pemantauan ketat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast