SEPANG – Seramai 17 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas Zinonis setakat di perairan Gaza pagi ini.
Mereka termasuk penyanyi, Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil yang berada di atas kapal Alma serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli yang menaiki kapal Sirius.
Turut ditahan penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio selain Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di atas kapal Grande Blu.
Menurut sistem pengesan SNCC, Grande Blu dipintas pada 12.58 tengah malam waktu Gaza manakala Hio pada 2.34 pagi pada kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Gaza.
SNCC memaklumkan setakat ini, 10 kapal berada pada status ‘diserang’ manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat ‘kecemasan’. – MalaysiaGazette

















