Peserta berhimpun menolak anggota polis untuk menuju ke hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak. Foto MUHAIMIN MARWAN, 2 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR – Hak berhimpun secara aman dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan namun mesti dilaksanakan secara tertib, berhemah dan mematuhi undang-undang tanpa menjejaskan keselamatan awam, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tegasnya, himpunan secara aman juga mestilah tidak mengganggu ketenteraman masyarakat atau menghalang anggota penguat kuasa menjalankan tugas rasmi.

“KDN menyokong penuh tindakan PDRM yang tegas serta berlandaskan undang- undang demi menjamin ketenteraman dan keselamatan negara.

“”KDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar undang-undang, mengganggu ketenteraman awam atau mencetuskan ancaman keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ia susulan insiden tular kekecohan yang berlaku semasa Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/10/02/dua-peserta-himpunan-sokong-gsf-ditahan/

Dalam kejadian yang berlaku tengahari tadi, dua orang peserta himpunan ditahan polis selepas berlaku ketegangan apabila mereka cuba menutup aliran trafik di Jalan Tun Razak.

Situasi tegang itu mencetuskan sedikit pergelutan sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kes siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu, KDN menyeru semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang ketika berhimpun serta bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.

Sebarang maklumat berkaitan dengan pelanggaran undang-undang boleh disalurkan melalui talian penting (Hotline) Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-21159999 atau di mana-mana Balai Polis berhampiran. -MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast