SEPANG – Lebih 20 bot yang tidak diketahui identiti dilaporkan berada berhampiran kapal konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini memasukan zon merah kedua untuk misi kemanusiaan ke Gaza.
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan, amaran merah kini diaktifkan sebagai langkah kecemasan kemungkinan berlaku pintasan fizikal terhadap konvoi GSF oleh pihak Israel kira-kira jam 1.34 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Pengarah SNCC, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby di sini sebentar tadi.
Amaran merah itu dikeluarkan sebelum salah sebuah kapal GSF iaitu Alma memasuki zon merah 2.
Difahamkan kapal terbabit turut membawa tiga rakyat Malaysia iaitu Musanuwayri, Ilya Balqis dan Sulaidil serta aktivis, Greta Thunberg. – MalaysiaGazette
















