FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik bagi memastikan sukarelawan serta aktivis dari Malaysia, ASEAN dan antarabangsa yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan segera.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perkembangan mengenai proses pembebasan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini.

“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsi video perbualan beliau dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby yang antaranya memberikan laporan terkini berhubung misi berkenaan.

Secara keseluruhan, sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF menuju Gaza.

Sehingga 7.50 pagi tadi waktu Malaysia, 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza malam tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast