Seorang guru dibawa ke Mahkamah Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini bagi mendapatkan perintah reman kes rogol pelajar bawah umur.

BALIK PULAU – Seorang guru sekolah menengah di Seberang Perai direman selama empat hari bagi membantu siasatan merogol pelajar berusia 14 tahun.

Perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Chia Huey Ting bermula hari ini sehingga 6 Oktober depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Terdahulu suspek yang memakai baju-T lengan panjang berwarna kuning serta seluar sukan itu tiba di mahkamah jam 8.14 pagi dengan diiringi polis.

MalaysiaGazette difahamkan, suspek serah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya selepas selepas mangsa yang juga pelajar di sekolah sama membuat laporan berhubung kejadian.

Difahamkan mangsa membuat laporan dirogol suspek di parkir terbuka sebuah kompleks beli belah di Persiaran Bayan Indah di sini pada November tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast