Seorang pemandu nyaris maut selepas keretanya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Krubong, Kampung Krubong, di sini yang disedari kaki pancing petang tadi. - Foto Ihsan JBPM Melaka

MELAKA – Seorang pemandu nyaris maut selepas keretanya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Krubong, Kampung Krubong, di sini yang disedari kaki pancing petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 petang memaklumkan kejadian.

“Bagaimanapun hasil semakan mendapati, kejadian sebenarnya berlaku semalam tetapi hanya disedari seorang kaki pancing petang tadi yang menghubungi bomba kerana menyangkakan ada mangsa terlibat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada individu terperangkap dan difahamkan pemandunya sempat keluar menyelamatkan diri dari kereta jenis Proton Saga itu pada waktu kejadian,”
katanya ketika dihubungi .MalaysiaGazette

Menurutnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng kemudian menamatkan operasi pada jam 7.14 malam selepas memastikan tiada risiko lain di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast