KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengangap dakwaan minuman beralkohol dalam sebuah majlis makan malam yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia menyebabkan tetamu Muslim meninggalkan majlis lebih awal sebagai tidak berasas.
Datuk Seri Tiong King Sing berkata, dakwaan itu amat mengelirukan.
Beliau mengulas tuduhan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini.
“Saya ingin menegaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.
“Majlis makan malam yang dijadikan isu oleh YB Mas Ermieyati sebenarnya adalah inisiatif pihak industri dan sektor swasta. Mereka begitu teruja kerana buat julung kalinya kita mengambil inisiatif menganjurkan acara global sebegini dan atas semangat tersebut, mereka berhasrat menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Sekiranya Mas Ermieyati tidak berkongsi semangat yang sama, itu tidak mengapa namun janganlah sampai menjejaskan usaha dan inisiatif baik ini dengan tindakan yang bersifat sabotaj, katanya.
“Jika orang seperti Mas Ermiyati terus mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan bersifat fitnah seperti ini hanya untuk mempopularkan diri sendiri, ia hanya akan menimbulkan keraguan serta menjejaskan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dan akhirnya, ini langsung tidak akan menguntungkan sesiapa,” kata King Sing.
Beliau juga menyeru Mas Ermieyati agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelirukan rakyat.
“Majlis bukan rasmi seperti ini tidak ada kaitan dengan hal tersebut. Mengeluarkan kenyataan tanpa memahami fakta sebenar bukan sahaja mengelirukan malah menampakkan kejahilan.
“Jika isu remeh seperti ini terus diperbesarkan, ia hanya akan menimbulkan keraguan serta menjejaskan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dan akhirnya, siapa lagi yang berani datang ke negara kita?” soalnya.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia hanya memainkan peranan pemudah cara di samping mengambil peluang tersebut untuk mempromosikan siri acara kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Tourism Malaysia hanya meminjam platform majlis makan malam tersebut bagi tujuan pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Ia satu peluang untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia melalui kerjasama erat dengan pihak industri.
Sebanyak 318 acara daripada setiap negeri di Malaysia telah disenaraikan dalam Kalendar Acara VM2026 ini — adakah usaha sebegini juga dianggap salah?” soalnya lagi.
“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa segala pengisian makanan dan minuman dalam majlis makan malam tersebut bukan di bawah penyediaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Peranan kami hanyalah tertumpu kepada penyelarasan persembahan seni dan budaya serta pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang turut diadakan pada malam tersebut,” katanya.
MOTAC sentiasa menghormati kepelbagaian budaya dan pegangan agama di Malaysia dan tidak akan sama sekali membenarkan sebarang penyelewengan fakta.
Dalam majlis makan malam tersebut, penganjur telah menyediakan pelbagai pilihan minuman tanpa alkohol dengan mencukupi di samping memenuhi keperluan pelbagai tetamu antarabangsa demi memastikan setiap aspek diraikan dengan sebaik mungkin.
“Saya juga ingin menggesa YB Masjid Tanah agar menumpukan perhatian kepada perkara yang benar-benar dapat memacu kemajuan negara — memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, sektor pelancongan boleh menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan dan penjanaan tukaran asing, serta melalui pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, kita dapat mengangkat imej negara ke tahap yang lebih tinggi.
“Lebih penting lagi, anda juga mempunyai tanggungjawab untuk turut mempromosikan pelancongan negara kita sendiri, khususnya negeri dan kawasan yang anda wakili,” katanya.- MalaysiaGazette

















Ko punya berbelit2.. siapa lah nak percaya.. Starbucks yg diboikot diseluruh dunia kerana support genocide Israil di Gaza pun ko boleh lantik rakan rasmi TMM2026.. mcm tak de company kopi lain.. Ni kan plak minum arak dlm Majlis Rasmi kerajaan..
Walaupun makanan dan minum pada makan malam tersebut dianjurkan oleh syarikat swsta untuk meraikan semua ternasuk syarikat antarabangsa dan antara hadhirin adalah Kementerian Pelancongan yg berlakunya event tersebut dinegera berdaulat Malaysia, pihak Kementerian Oelancongan sepatutnya diberi guideline kpd pihak swasta… ini bukan pasal sempit pemikiran atau fitnah atau save government money by not organizing dinner or 430 juta kos impak ekonomi kpd negara… tetapi it is a balantant ‘dont care’ attitude by the Minister and his department as always to have his ways… Sorry, Tiong… we dont buy your twisting words…