SUNGAI DUA – Dua individu dipercayai rentung selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah ketika dihubungi mengesahkan terdapat dua mangsa dalam kejadian tersebut.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan terdapat dua mangsa rentung akibat kejadian tersebut.
“Bagaimanapun, identiti mangsa dipercayai pemandu dan penumpang masih belum dikenal pasti.
“Operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan ketika ini,” katanya hari ini.
Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan kemalangan termasuk sebuah kereta sedang marak dijilat api. – MalaysiaGazette
















