Syed Hussein (belakang tengah) bersama-sama sebahagian pemain yang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Piala Syed Hussei di Gelangang Sepak Takraw Sekolah Sukan Tun Hussein Onn, Kluang, baru-baru ini.

KLUANG – Tiga kejohanan sepak takraw termasuk Sukan Bangsa Johor akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai usaha melahirkan pemain berbakat untuk dibawa keperingkat tertinggi bagi mewakili Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah berkata, dua kejohanan akan dianjurkan pihaknya adalah Piala Syed Hussein dan Sukan Bangsa Johor manakala satu lagi kejohanan di bawah penganjuran Persatuan Sepak Takraw Daerah Kluang.

“Semua kejohanan ini akan menumpukan penyertaan golongan belia dan anak muda berlandaskan sasaran untuk mencungkil bakat berwibawa agar dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kita tidak mahu bakat mereka hanya menyerlah di peringkat kampung, jika ada yang cemerlang pasti akan diusahakan untuk dibawa keperingkat lebih tinggi.

“Untuk itu, sokongan pelbagai pihak untuk sama-sama mengetengahkan pemain berbakat amat diharapkan agar usaha mencari pemain pelapis untuk negeri Johor dapat dilakukan,” katanya.

Syed Hussei berkata demikian dalam majlis penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala Syed Hussein di Gelangang Sepak Takraw Sekolah Sukan Tun Hussein Onn di sini baru-baru ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast