Tular video sebuah pikap didakwa berlaku di Melaka menggunakan pelekat dalam bahasa Hebrew yang merupakan bahasa rasmi Israel membawa maksud 'Malaysia rumah kami' atau 'Malaysia di tangan kami'.

MELAKA – Tular video sebuah pikap didakwa di Melaka berpelekat ‘Malaysia rumah kami’ dalam bahasa Hebrew yang merupakan bahasa rasmi Israel.

Pelekat warna biru bertulisan putih yang merupakan warna bendera Israel dalam bahasa etnik Ibrani (Hebrew) agama Yahudi itu membawa maksud ‘Malaysia rumah kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’.

Video berdurasi 14 saat itu dikongsikan seorang pengguna thread sehingga mencetuskan lebih ribuan reaksi kemarahan rakyat negara ini.

Rata-rata mereka turut mempersoalkan tindakan pemilik atau pemandu pikap jenis Nissan Navara itu yang cuba menimbulkan provokasi.

Malah, ada dalam kalangan warga maya meminta pihak berkuasa mengesan kenderaan itu yang menggunakan nombor plat berdaftar di Melaka.

Bagaimanapun, lokasi tepat kenderaan itu yang sedang meneruskan perjalanan selepas berhenti di lampu isyarat tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, difahamkan setakat jam 1.30 petang ini, pihak polis di Melaka belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu,, Pegawai Khas Agama Ketua Menteri Melaka Hairul Amin  Madon memaklumkan beliau berada di Balai Polis Merlimau pada jam 3.30 petang ini untuk membuat laporan polis.
Satu sidang media akan diadakan sejurus selesai membuat laporan polis. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast