Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kekal universiti teknikal terbaik negara apabila berada di tangga teratas di kedudukan #1 terbaik

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kekal sebagai universiti teknikal terbaik dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) buat empat tahun berturut-turut.

Pengumuman Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026 menyenaraikan UMPSA di tangga 601-800 terbaik dunia.

UMPSA turut berada di kedudukan kesembilan terbaik di Malaysia dalam kalangan institusi awam dan swasta di negara ini.

Naib Canselor UMPSA, Prof  Dr Yatimah Alias berkata, kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan UMPSA sebaris dengan universiti bertaraf dunia serta menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang berkualiti serta berimpak di peringkat antarabangsa.

“Peningkatan UMPSA dalam indikator pengajaran  turut  mencerminkan kualiti akademik universiti ini diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“UMPSA adalah sebuah universiti awam ke-16 yang ditubuhkan Kerajaan  dalam menawarkan program pendidikan tinggi berteraskan kejuruteraan dan teknologi serta penyedia program TVET termaju (aras tinggi) negara.,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, impak penerbitan yang menjadi rujukan dalam kalangan ahli akademik terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

Ini dibuktikan apabila seramai 25 pensyarah UMPSA tersenarai antara 2 peratus saintis terbaik dunia bagi kategori Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement) dan 15 daripadanya juga tersenarai bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) berdasarkan Elsevier Database, Stanford University baru-baru ini.

Bagi senarai Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement), UMPSA berada dalam kelompok 10 teratas dalam kalangan IPT di Malaysia apabila seramai 25 pensyarah yang mempunyai 2 peratus saintis terbaik dunia paling ramai.

Times Higher Education (THE) World University Rankings adalah sistem penarafan peringkat global yang menilai prestasi Universiti di seluruh dunia merangkumi pengajaran  (29.5%), persekitaran penyelidikan, (29%), kualiti penyelidikan (30%), perspektif antarabangsa (7.5%) dan hubungan dengan industri (4%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast