Kapal Conscience yang menyertai misi FFCxTMTG dipintas tentera Israel beberapa hari lalu. Foto FB Freedom Flotilla Coalition

KUALA LUMPUR – Peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) mendedahkan terdapat aktivis misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) mengadu mereka dikasari tentera Zionis Israel.

Katanya, terdapat aktivis yang ditendang, ditampar, ditarik rambut atau direnggut dengan kasar.

Sesetengah aktivis dilaporkan diejek, dihina serta dipaksa untuk mengulangi kenyataan-kenyataan yang merendah-rendahkan mereka seperti menghina negara mereka atau dipaksa mengaku menyayangi Israel.

“Terdapat juga aktivis yang dipaksa berada dalam kedudukan yang sangat menyakitkan seperti dipaksa berlutut dengan kepala di bawah dan tangan diikat ke belakang selama berjam-jam manakala sebahagiannya pula dijemur di bawah terik matahari,” kata peguam ADALAH dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, aktivis-aktivis tersebut juga dilapor dinafikan hak asasi mereka semasa dalam tahanan.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shahrul Anwar mengesahkan, kesemua peserta misi kemanusiaan itu berada dalam keadaan selamat walaupun pada awalnya mereka berdepan tindakan keganasan daripada tentera Israel.

Katanya, kesemua 145 aktivis termasuk sembilan delegasi Malaysia misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTG) sudah dipindahkan ke penjara Ketziot, Negev, Israel setakat ini. -MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

145 aktivis FFCxTMTG dipindah ke penjara Ketziot, Israel – My Care

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast