KOTA TINGGI- Dua anak Iban yang dilahirkan di Semenanjung mencuri tumpuan apabila diraikan dalam Majlis Konvensyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-26 di sini hari ini.
Beatrice Julyca Anak Janggu, 21, anak bongsu daripada lima beradik merupakan graduan Diploma Pengurusan Sumber Manusia, keluarganya berasal dari Bintulu, Sarawak, berdarah campuran Iban-Bidayuh dan dilahirkan di Kuala Lumpur.
Beatrice meluahkan rasa syukur kerana dapat berkongsi kejayaan bersama-sama ibu bapanya, Janggu Sindan dan Christina yang hadir memberi sokongan moral semasa majlis berlangsung.
“Perjalanan menuntut ilmu jauh dari kampung halaman bukan mudah, tetapi doa dan dorongan keluarga menjadi kekuatan utama saya. Hari ini segala penat-lelah itu berbaloi,” katanya dalam nada terharu.
Turut diraikan Mclorenzo Jawa Anak John, 21, anak berketurunan Iban kelahiran Terengganu yang menamatkan pengajian dalam Diploma Seni Kulinari.
Menurut Mclorenzo, minat mendalam terhadap dunia masakan mendorongnya memilih bidang tersebut dan bercita-cita membuka perniagaan kulinari yang memartabatkan cita rasa Borneo di peringkat nasional.
Majlis Konvensyen Kumpulan Pendidikan YPJ Ke-26 menghimpunkan 884 pelajar dari pelbagai institusi di bawah YPJ bagi meraikan kejayaan mereka menamatkan pengajian di samping mengiktiraf kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.- MalaysiaGazette

















Macam biasa anak2 Sarawak ni bila dah berjaya tak nak balik Sarawak mcm graduan medic..nak duk KL.. last2 doktor dari Semenanjung dipaksa pergi Sarawak.. kemudiaan org Sarawak duk kutuk, hina dan diskriminasikan org Semenanjung… terbaik laaa