Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi terhadap salah laku seksual di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

“Tindakan paling tegas perlu diambil terhadap pesalah. Tiada siapa yang akan dilindungi!,” tegas beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kes seorang pelajar tingkatan 3 yang mendakwa dirogol oleh pelajar senior tingkatan 5 di sekolahnya minggu lalu.

Kes ini sedang diambil tindakan oleh pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, KPM dalam kenyataan berasingan berkata, pihaknya mengambil serius kes salah laku seksual yang melibatkan beberapa orang murid di sebuah sekolah di Melaka.

Menurutnya, KPM memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan dan tiada kompromi terhadap kes salah laku seksual dan tindakan tegas mesti diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah.

“Semua pentadbir institusi pendidikan diarah untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai dan memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi Pendidikan,” katanya.

Rogol pelajar tingkatan 3: Empat calon SPM direman 6 hari

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang pada 2 Oktober lalu ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Mangsa dipercayai diheret masuk ke dalam kelas sebelum dirogol dua suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit.

Kejadian terbongkar petang semalam selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah dan segera membuat laporan polis. – MalaysiaGazette

 

Pelajar dirogol bergilir-gilir senior calon SPM dalam kelas, 4 direman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast