SUBANG JAYA – Polis kini memburu pemandu lori sampah warga Indonesia yang hilang kawalan dan merempuh tembok konkrit di Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) semalam.
“Pemandu dipercayai melarikan diri sejurus kemalangan, meninggalkan kelindannya yang cedera di tempat kejadian,” katanya hari ini.
Rakaman video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial menunjukkan lori jenis Isuzu itu bergerak dari lorong kiri ke kanan dalam keadaan tidak terkawal, hampir merempuh sebuah kereta lain sebelum menghentam tembok di tengah-tengah plaza tol berkenaan.
Beliau berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 2.30 petang ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Putrajaya menuju ke Bukit Puchong.
“Apabila menghampiri Plaza Tol Puchong Selatan, lori itu hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar tembok konkrit. Kelindannya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun, cedera di bahagian kepala dan muka,” tambah beliau.
Usaha mengesan pemandu terbabit kini giat oleh polis dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Wan Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621. – MalaysiaGazette
















