KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 pada Khamis ini atau 16 Oktober depan.
Mesyuarat itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi di Auditorium KPKPS, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Menurut kenyataan SPR, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan PRU DUN Sabah Ke-17.
“Satu sidang media akan diadakan sejurus selesai Mesyuarat Khas tersebut,” menurut kenyataan itu hari ini.
Sidang media berkenaan dijadual berlangsung pada pukul 11 pagi di lokasi yang sama.
Mesyuarat Khas tersebut akan memutuskan tarikh penting bagi pilihan raya, termasuk tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari mengundi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Selasa depan bagi menentukan tarikh penting berkaitan PRN Sabah ke-17. – MalaysiaGazette
















