KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 selama seminggu bermula Khamis ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak sembilan jenis barangan kawalan di bawah skim tersebut antaranya adalah daging kambing biri-biri bertulang import; tomato; cili merah dan bawang merah kecil India.

Selain itu turut menjadi barang kawalan bawang merah kecil India (Ros); bawang merah besar import; kacang dal (Australia);
kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja) dan
kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja).

Jelasnya, SHMMP Deepavali kali ini memberikan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga dengan tempoh penguatkuasaan yang bersesuaian.

Menurut Armizan, para pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan memantau pematuhan di lokasi-lokasi strategik tertentu seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli belah.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan ini dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.

“Pada masa yang sama, penguatkuasaan secara berhemah dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran supaya para peniaga mematuhi undang-undang yang
berkuat kuasa dan mengamalkan perniagaan yang beretika,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast