Tular sebuah kedai salun di sebuah kedai salun di sebuah pusat beli belah di Bandaraya Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Tular seorang individu berlumuran darah dan sebuah kedai salun dalam pusat beli belah di bandar raya ini disimbah cat merah kelmarin, dipercayai dilakukan orang suruhan along.

Foto yang tular itu memaparkan bahagian dalam premis tersebut disimbah cat merah terkena kerusi, cermin dan lantai.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 11.50 pagi dan tular dalam Facebook.

“Laporan polis dibuat pada pukul 1.33 petang hari yang sama oleh seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga merupakan pekerja di salun berkenaan.

“Perkongsian mengenai kejadian itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Douglas Ang yang memaparkan seorang individu yang berlumuran darah serta sebuah salun yang turut terdapat tumpahan cat merah.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila ketika dua lelaki datang dan kemudian bertindak membaling beg plastik berisi cat merah ke dalam salun terbabit hingga mengenai perabot serta seorang pelanggan yang berada dalam salun,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut manakala anggaran kerugian berjumlah RM15,000.

Tambah Balveer Singh, kes berkenaan disiasat di bawah peruntukan undang-undang seperti Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” katanya.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes jenayah supaya berhubung dan menyalurkan maklumat kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast