Pihak bomba melakukan pencarian individu yang dilaporkan terjatuh dalam sungai di pekan Pagoh, Muar hari ini.- Foto ihsan Bomba Johor.

MUAR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemandu yang dikhuatiri lemas selepas kereta dipandunya terjunam dalam Sungai Panchor di pekan Pagoh di sini petang tadi diteruskan malam ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Reneh Abdullah berkata, pasukan penyelamat sudah pun membuka pos kawalan tempat kejadian (PKTK) untuk melaksanakan proses dan mengkordinasikan usaha SAR.

Polis dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat (PBPM) Pagoh, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam usaha SAR.

“Mangsa sehingga malam ini belum ditemui dan operasi masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Pihaknya meminta sekiranya terdapat saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar 06-9564800.

Katanya, mereka juga boleh tampil ke IPD Muar untuk membantu siasatan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan spekulasi yang boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu usaha SAR mangsa,” ujarnya.

Terdahulu portal ini melaporkan seorang pemandu kereta dikhuatiri lemas selepas terlibat kemalangan sebelum terjunam ke dalam Sungai Panchor di pekan Pagoh di sini pukul 2.30 petang tadi.

Sebelum ini tular dalam Facebook sebuah kereta terjatuh dalam sungai dan mangsanya didakwa suami isteri dan kejadian berlaku selepas pasangan itu baru lepas makan di sebuah kedai.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang dikhuatiri lemas, kereta terjunam dalam Sungai Panchor

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast