Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes pembunuhan di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.

Katanya, suspek telah ditahan polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“KPM menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid yang meninggal dunia dan semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Tambahnya, psukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan maut dipercayai ditikam oleh murid tingkatan dua dalam kejadian di tandas sekolah berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, seorang guru yang terdengar jeritan mangsa telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang guru yang berada berhampiran terdengar jeritan minta tolong daripada mangsa dan cuba membantu, namun ‘terlambat’ kerana suspek sudah menikam mangsa,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian badan mangsa dan polis telah merampas dua senjata tajam dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Kita rampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini. Jenis senjata akan disahkan kemudian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast