Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bercakap ketika sesi sidang media Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Kes seorang pelajar perempuan mati ditikam di sebuah sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara (4), Petaling Jaya, dekat sini, tidak melibatkan unsur perkauman.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, pihak polis akan terus menyiasat elemen jenayah kes itu dan memaklumkan terus perkembangan kepada orang ramai.

“Sebagai seorang ayah yang turut mempunyai anak perempuan, saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa”, katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang meninggal dunia dipercayai ditikam pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah di Petaling Jaya sempat menjerit meminta tolong.

Siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian badan mangsa dan polis telah merampas dua senjata tajam dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Menurut Amiruddin, beliau telah menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan polis sedang giat menyiasat kes tersebut.

“Beberapa langkah termasuk usaha keselamatan dan sokongan kesihatan mental pelajar akan diputuskan segera bagi menjamin keselamatan semua anak-anak kita” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan polis, Kementerian Pendidikan dan komuniti setempat dalam menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat kepada pelajar.

Tambahnya, perkara itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Amiruddin mengucapkan takziah kepada ahle keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan dan perlindungan terhadap insiden yang telah mereka hadapi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast