DHAKA – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas kebakaran memusnahkan sebuah kilang pakaian dan sebuah gudang kimia di Dhaka.
Kedua-dua bangunan itu terletak bersebelahan di hadapan Universiti Perniagaan dan Teknologi Bangladesh, menurut laporan media tempatan.
“Sebanyak 12 mayat telah dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Dhaka dan Institut Kebangsaan Pembedahan Melecur dan Plastik di Dhaka,” kata Talha Bin Jashim, pegawai Perkhidmatan Bomba Dhaka, kepada Xinhua.
Sekurang-kurangnya 12 unit pemadam kebakaran bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran kira-kira jam 11.40 pagi hari Selasa.
Menurut pegawai itu, kebakaran di kilang pakaian tujuh tingkat itu bermula di tingkat tiga dan sebahagian besarnya telah dipadamkan.
Bagaimanapun, katanya, anggota bomba masih berusaha memadamkan sepenuhnya kebakaran di gudang kimia yang menyimpan bahan berbahaya termasuk serbuk peluntur, plastik dan hidrogen peroksida.
Angka kematian dalam kebakaran berkemungkinan meningkat.
Punca kebakaran belum dapat dipastikan. – Agensi
















