Reaksi Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida kelihatan sebak ketika bercakap pada sidang media Datuk Seri Vida berkenaan saman terhadap Azwan Ali, turut sama anaknya, Nur Edlynn Zamilleen atau Cik B di Hotel One World, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 20 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida bakal dilakukan pada 30 Oktober ini selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu.

Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeri tempatan semalam, jualan tersebut dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.

Ia susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.

Selain gagal mencapai tawaran penyelesaian serta permohonan Vida agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.

Begitupun, mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.

Pada 25 Novemver lalu, dianggarkan 727 barangan milik Vida disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo mewahnya di Ipoh.

Barangan itu disita selepas Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan AH Design Communication sebanyak lebih RM1 juta pada 2018.

Selain empat buah kereta milik Vida antara barang yang disita seperti pembakar roti jenama Sharp, penapis air Coway, meja solek, peti sejuk dan lain-lain.

Acara lelong sepatutnya diadakan pada 9 Disember lalu namun, ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida menangguhkan proses itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast