GAMBAR tular di media sosial murid sekolah cedera dipukul.

SIPITANG – Seorang murid perempuan cedera di kepala selepas dipercayai dipukul murid lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah di Sipitang, Sabah pagi tadi.

Gambar kecederaan dialami mangsa tular di media sosial selepas dikatakan dipukul menggunakan tali pinggang.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan. (Kejadian melibatkan) sesama kawan pelajar,” katanya dipetik dari Buletin TV3.

Terdahulu kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 pagi dengan gambar mangsa di muat naik bersama dakwaan dipukul.

Gambar turut menunjukkan pakaian mangsa berlumuran darah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.