Pengerusi Exco ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, Mohd Farrish Khalid (kanan) bertukar dokumen dengan Timbalan Pengarah III, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPT) SPRM, Norazlina Abd. Rahim (kiri) selepas sesi pembentangan di Cyberjaya semalam.

PUTRAJAYA – Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membentangkan lima cadangan penambahbaikan kepada ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (PH Corp) untuk meningkatkan tadbir urus dan intergriti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Cadangan termasuk kajian keperluan berdasarkan data B40 mengikut daerah atau Parlimen, serta audit berkala dan mengejut oleh unit bebas bagi mencegah tuntutan palsu dan ketirisan dana kerajaan.

Cadangan lain termasuklah menambah baik SOP Bahagian Pengurusan Tuntutan dengan menambah prosedur pengesahan silang serta klausa pematuhan dan penalti yang jelas dalam setiap SOP dan perjanjian dengan klinik swasta.

BPT SPRM turut mencadangkan pelaksanaan promosi bersepadu melalui media, kerjasama dengan persatuan perubatan, serta pemberian insentif dan sokongan maklumat bagi menggalakkan penyertaan klinik dan makmal swasta dalam skim perubatan di bawah PH Corp.

Pengerusi Exco ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, Mohd Farrish Khalid (kanan) bertukar dokumen dengan Timbalan Pengarah III, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPT) SPRM, Norazlina Abd. Rahim (kiri) selepas sesi pembentangan di Cyberjaya semalam.

Penyiasatan tatakelola dijalankan susulan maklumat yang diterima pada awal Januari tahun ini mengenai kelemahan dalam proses pendaaftaran klinik swasta dan pengurusan pembayaran tuntutan oleh PH Corp dan berisiko membawa kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sekali gus menjejaskan usaha meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan serta mengurangkan kos sara hidup.

Pengerusi Exco ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, Mohd Farrish Khalid (kanan) menandatangani dokumen dengan Timbalan Pengarah III, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPT) SPRM, Norazlina Abd. Rahim (kiri) selepas sesi pembentangan di Cyberjaya semalam.

Pengerusi Exco PH Corp, Mohd Farrish Khalid berkata, pihaknya menerima lima syor penambahbaikan itu untuk memperkukuh integriti dan tadbir urus serta komited melaksanakan tindakan bagi mengatasi kelemahan yang dikenal pasti ketika sesi menandatangani Laporan Pembentangan Penambahbaikan Tatakelola yang disempurnakan oleh beliau dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah III, BPT SPRM, Norazlina Abd. Rahim di pejabat PH Corp di Cyberjaya, semalam. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast