KUALA LUMPUR – Satu kejadian gempa bumi yang kuat telah melanda di Mindanao, Filipina pagi ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan memberitahu, gempa bumi bermagnitud 6.3 telah berlaku kira-kira 76 kilometer (km) Timur dari Surigou City.
Pusat gempa tersebut terletak di kordinat 9.8° Utara dan 126.2° Timur dengan kedalaman 52 kilometer.
Bagaimanapun Mohd Hisham berkata, MetMalaysia menegaskan bahawa kejadian gempa bumi tersebut tidak akan memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, ujarnya. -MalaysiaGazette
















