KUALA LUMPUR – Humanitarian Care Malaysia(MyCARE) berjaya menghantar lima buah lori bantuan kemanusiaan bernilai RM360,000 ke Gaza susulan pembukaan lintasan Rafah, Rabu lalu.
Pengurus Kanan Projek MyCARE, Kamarul Halim Sakrani berkata, lima lori itu merangkumi empat lori yang membawa 80 tan tepung dan sebuah lori yang membawa 1,000 pek makanan yang keseluruhannya
Katanya, rakan NGO Al-Khyr melaporkan dua lori yang membawa 40 tan tepung telah berjaya masuk ke dalam Gaza melaui sempadan Rafah Khamis, semalam.
Semua bantuan tersebut akan ditempatkan di sebuah gudang di Selatan Gaza dan agihan bantuan dipantau oleh Pengurus Besar MyCARE di Gaza, Dr Ziad Shehada.
Menurut beliau, MyCARE telah mengatur beberapa projek di Gaza melalui dua fasa bermula bulan ini sehingga September tahun depan yang akan diketuai oleh Dr Ziad.
“Antara projek yang akan dikendalikan merangkumi aspek klinik bergerak, tempat perlindungan sementara, penyelenggaraan telaga air, telaga air dengan panel suria, pemulihan prasarana pendidikan, pek makanan, air minuman bersih dan susu bayi.
“Ia juga akan terlibat dengan projek bagi menjana pendapatan dan projek-projek pemulihan jangka pendek dan jangka panjang bersesuaian dengan keadaan semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Menurut beliau, keseluruhan projek bernilai RM 9 juta itu dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk dilaksanakan.
Ini termasuk projek bantuan segera seperti pek makanan, tempat perlindungan sementara, air minuman bersih, susu bayi bagi tempoh tiga bulan pertama pelaksanaannya.
Manakala bagi tempoh enam bulan seterusnya, projek pemulihan jangka panjang akan dimulakan termasuk penyelenggaraan telaga air, telaga air dengan panel suria, pemulihan prasarana pendidikan.
Sejak Oktober 2023, MyCARE telah menyalurkan RM 27 juta dengan fokus bantuan dibahagikan kepada lapan pecahan.
Ia meliputi tiga bantuan paling utama iaitu Keselamatan Makanan, Pemulihan Awal dan Kesihatan di mana 80 peratus daripada disalurkan kepada rakyat Gaza manakala selebihnya diagihkan kepada rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta pelarian Palestin di pelbagai negara. -MalaysiaGazette
















