Gambar hiasan.

KANGAR – Kes rakaman suara dipercayai milik seorang pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Negeri Perlis, kini diambil alih Bukit Aman.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kes itu akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

“Jadi, apa yang berlaku di sini ialah pihak polis Perlis hanya akan membantu Bukit Aman dalam melengkapkan siasatan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dilaporkan berkata rakaman suara itu dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Beliau berkata kandungan itu dipercayai telah disebarkan secara terbuka menerusi media sosial, dan mengandungi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan maruah dan reputasi Institusi Diraja Negeri Perlis. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast