Foto: IPD Johor Bahru Selatan

JOHOR BAHRU – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar pada pukul 1.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, individu yang dikenali sebagai S.Dhurgashri itu mempunyai ketinggian 155 cm dan berat sekitar 45 kilogram.

Beliau berkata, wanita berketurunan India itu mempunyai rambut lurus berwarna coklat, berkulit cerah, bentuk mata yang kecil dan berwarna hitam serta memiliki kening yang agak tebal serta bentuk badan yang kurus.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat terhadap individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Taman Puteriwangsa, Ulu Tiram itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Muhd Hafizuddin Zakaria di talian 07-218 2323.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast