Sebuah bas yang musnah selepas kemalangan di lebuh raya BR-423, berhampiran bandar Saloá, di negeri Pernambuco, Brazil, pada 18 Oktober 2025. foto AFP

SAO PAULO – Sekurang-kurangnya 17 orang maut di timur laut Brazil apabila sebuah bas yang membawa 30 penumpang hilang kawalan dan terbalik.

Tragedi itu berlaku lewat malam Jumaat di negeri Pernambuco, apabila pemandu melanggar batu di tepi jalan ketika memandu di laluan yang salah, kata polis dalam satu kenyataan.

Bas tersebut kemudian kembali ke laluan yang betul, tetapi terbabas dan melanggar tebing jalan sebelum terbalik.

Beberapa penumpang tercampak keluar dari bas dan bilangan mangsa cedera masih belum dapat dipastikan.

Pemandu bas dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan disahkan negatif ujian alkohol.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari bandar Brumado ke Santa Cruz do Capibaribe ketika insiden berlaku.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva menyampaikan ucapan takziah di platform media sosial X:

“Kepada keluarga dan rakan mangsa, saya menyampaikan ucapan takziah dan solidariti yang tulus pada saat penuh kesedihan ini”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast