Statistik kemalangan dan kematian PDRM setakat 19 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 1,345 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian di seluruh negara setakat 19 Oktober.

Menurut PDRM, angka tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 718 kes kemalangan dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

“Bagaimanapun berlaku peningkatan tiga kes kematian dicatatkan dalam tempoh sama,” kata PDRM menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi Facebooknya, hari ini.

PDR juga menasihatkan orang ramai dan pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah serta sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi. Sayangi diri, jauhi kemalangan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast