KUALA LUMPUR – Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta pacuan empat roda sehingga mengorbankan seorang pekerjanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Bonda Rozita mendakwa kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku jika keselamatan diutamakan.
“Sampai bila nyawa manusia mahu dipandang ringan?
“Mana pihak yang sepatutnya memantau keselamatan jalan utama pengunjung?
“Pokok-pokok reput dibiarkan berdiri — menunggu masa menimpa mangsa seterusnya.
“Pelbagai isu keselamatan di kawasan chalet ini sering diabaikan orang awam bebas berkelah tanpa pengawasan, kawasan parkir pula terlalu sesak setiap hujung minggu.
“Semuanya bom jangka yang menunggu masa untuk meragut nyawa!” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Terdahulu, media melaporkan, seorang pemandu dipercayai maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya dihempap pokok dalam kejadian di Jalan Batang Kali, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu jam 2.14 petang.

Dalam pada itu, Bonda Rozita menyifatkan mangsa, allahyarham Ahmad Al Faruq Mohamad Fatihur Rahman yang berusia 20-an itu adalah anak bongsu keluarga dan seorang pekerja yang sangat baik serta sentiasa bersemangat untuk mencari rezeki.
Menurut beliau, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa adalah milik syarikat Bonda Rozita.
“Kenapa pengusaha resort tak berlesen masih bebas beroperasi tanpa sebarang tindakan?
“Mereka juga wajib memantau keselamatan — untuk staf dan juga pengunjung.
“Sebagai pengusaha berlesen, Bonda terikat pelbagai syarat serta pemantauan ketat oleh pihak kerajaan negeri. Tetapi yang tidak berlesen? Terus beroperasi tanpa kawalan dan tanpa tanggungjawab?
“Bila berlaku kejadian begini depan mata – yang tidak berlesen ini hanya diam tanpa menghulurkan pertolongan wlupun diminta oleh pihak berkuasa ?? Pentingkan diri!” katanya lagi. -MalaysiaGazette
















ada kah sesuatu di luar takdir . bukan kah takdir itu qadha dan qadar.