Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar akan mengeluarkan kenyataan berkenaan syarat terbaharu mengenai ibadah haji yang akan dikenakan pada tahun depan.

Ia susulan daripada kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang mengenakan syarat kesihatan terbaru bagi memperoleh visa haji bermula tahun depan.

“Saya ada buat kenyataan, nanti boleh rujuk. Bahagian teknikal itu Tabung Haji (TH) akan keluarkan,” katanya ringkas selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inspirasi Pendidikan Madani Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan untuk menunaikan haji bagi musim 1447H/2026M.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi untuk memperoleh visa adalah bebas daripada penyakit berjangkit, serius atau kronik tidak terkawal dan berupaya menjalankan ibadat haji dengan sendiri.

Jelasnya, jemaah tidak dianggap layak untuk mengerjakan ibadat haji sekiranya mengalami kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius dan paru-paru kronik. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Arab Saudi umum syarat kesihatan untuk bakal jemaah haji

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast