Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjur atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di ibu negara hujung bulan ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Fadil Marsus berkata, pihaknya telah menerima maklumat awal berhubung kemungkinan penganjuran acara atau perhimpunan tertentu yang dijangka berlangsung ketika sidang kemuncak itu diadakan.















