Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis menafikan berlaku kejadian pembunuhan melibatkan seorang pelajar di sekitar pekan lama Kuala Selangor, dekat sini seperti ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Tiada pelajar sekolah dibunuh di tempat itu dan tiada kes bunuh kanak-kanak sama ada di tempat itu atau tempat lain (sekitar Kuala Selangor),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular sekeping gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikatakan pelajar dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai menjual cermin mata yang didakwa berlaku di kawasan pekan lama Kuala Selangor. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast