Dr Mohd Asri Zainul Abidin MACC Azam Baki Shares ownership support lawyer haram defend oppressors
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) menegur sambutan terlalu meriah yang disediakan kerajaan bagi meraikan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald ke negara ini.

Jelasnya, sambutan yang dimeriahkan dengan tarian kebudayaan dan pelbagai lagi acara sampingan, tidak melambangkan prinsip Malaysia yang membantah tindak tanduk Trump ke atas penduduk Gaza.

Katanya, beliau tidak pernah menolak urusan diplomasi antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat namun sambutan yang diberikan kepada Trump yang seringkali menggunakan kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB bagi ‘menyelamatkan’ sekutunya Israel, haruslah dilakukan secara sederhana.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/10/26/trump-tiba-sempat-berjoget-bersama-penari-kebudayaan/

“Bayangkan jika Trump ke negara-negara Eropah di saat ini. Tentu beliau disambut dengan bantahan rakyat di sana.

“Beliau akan turun dengan wajah yang serius dan perasaan yang berbaur kerana tahu beliau tidak disukai. Di sini, beliau turun sambil menari kegembiraan kerana anak-anak Malaysia menyambut beliau dengan tarian,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dr MAZA menambah, beliau sedih melihat genosid yang berlaku di Gaza seolah-olah tidak memberi kesan kepada Trump walaupun pemimpin itu sedang menjejakkan kaki di sebuah negara Islam.

“Genoside dan segala bantuan senjata dan veto yang beliau gunakan untuk membolehkan itu semua berlaku bagai tiada kesan ke atas dirinya di negara-negara orang muslim. Menyedihkan..” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast